Tuesday, February 26, 2013

BISNES OH BISNES



   assalamualaikum semua....^-^

harap korang semua sihat2 belaka.....lame tak saya menyepi...nk hmpir stahun jgk tak update blog....dan dlm msa hmpir stahun ni la..byk perkara dan kenangan2 manis yg dapat saya kongsikan bersama....huhu

untuk pengetahuan korang, saya dah hmpir 6 bulan kahwin....ni la memori paling manis tahun 2012....tunang 3 bulan je...pastu trus buat walimah...cmne bleh knal dgn suami??
ermmm...itu rahsia ye...klu nk thu jgk kita face to face lg best!.....=)

   saya xdela nk crita tntg hal kahwin ni...cuma just nk kongsi dgn korang semua tntg bisnes saya dan suami skrg.....iaitu KEREPEK PISANG.....hehehe....nmpk mcm lucu kn...kolot tak jual bnda ni.....ape pndapat korg....?

  nmpak mcm xbest je kn....tp untungnya bleh tahanlaa.....satu tandan dpt 20 bungkus atau lebih....satu bungkus rm3 (utk kedah je...)..jd rm3 x 20 = rm60.00.......untung tak??hehe
tolak modal skit je....pisang, minyak, plastik......dlm RM22.00......
sebenarnya, dlm saya promot2 bisnes ni kt korg....saya nak kongsikan...berniaga ni sunnah Nabi.....ingat lg tak Nabi Muhammad pernah berniaga barang2 isteri baginda Saidatina Khadijah??
Nabi pun telah berkata " sembilan dari sepuluh rezeki manusia melalui perniagaan"...so...jomla kita cari dana and rzeki dgn bisnes.... (kalau salah tlg betulkan ye)


kerepek pisang perasa serbuk cili manis

skrg kami telah hantar kerepek pisang dalam 6 kedai di kedah....penang masih dlm proses...kt penang kami jual RM5...memandangkan kos penghantaran dan taraf hidup di sna...so klu nak jual selain ngeri kedah mmg kami ambik untung Rm 5 sahaja....di balik pulau, penang...kami ambik rm4 je...sbb untung rm1 kami salurkn utk tabung Muslimat PAS kwsn di sana....insyAllah..walau kami ni bukanlah pejuang2 Islam dlam dunia politik...tetapi niat kita itulah yang Allah akan pandang...walau sekecil2 zarrah sekalipun....



sekarang ada 3 pilihan...pack kecik = RM1.20
                                          pack sederhana = RM3 (kedah)   RM5 (penang & negeri lain)
                                          pack besar  = RM10  
caj penghantaran bergantung pd timbangan....kalau korg ade yg kempunan kerepek pisang..bolehla order yer....=)

masih dalam proses....kemungkinan akan di jualkan...Pati buah Amrah dan kerepek Ubi kayu....doakan perniagaan kami berjalan lancar...dan dimurahkan rezeki dan dihalang dr hasad dengki manusia...amen...


kerepek lepas goreng buh dlm bekas...=)


***kesian my hubby....sakit pinggang angkat bertandan2 pisang.....huhuhu


kerepek yang siap di packing....plastik yg molek...pisang yg lazat..=)



usahawan muda =)


i and hubby.......


Sunday, June 17, 2012

Jejak Mujahidah

   Alhamdulillah....
lame beno xupdate blog ni....mmg terlalu bz sgt....
bru abih uruskan psal buku rekod pljr2 sekolah.....huh!...mmg pening sgt bermain-main dgn nombor markah exam diorg....huhu....lega sgt nk settle...=)

1 Jun 2012....tarikh ape ye....
Himpunan Xpidisi gelombang hijau kt Stadium Darul Aman, Kedah....
mmg best sgt2....bukan hnya dpt 'berjihad'....ttp yg lebih rse nikmat, dpt bertemu dgn (kekasih2 hati sya)..
teman2 seperjuangan saya waktu di bumi barakah, Mesir dulu....


 
jumpe je terus peluk kuat2...=)




Igt di mesir jaa...rupa2nya di Malaysia masih kuat ukhuwah kita!



Gambar mahal nih....time to go back, Allah bg rzeki jumpa mereka.... very2 happy!



     Terima kasih buat Pas Pusat krn menganjurkan program tarbiyah ini....dpat jgk saya bertemu dgn kwn2...walau tiggal berjauhan, namun ukhuwah yg dibina atas landasan iman dan ikhlas, terus sahaja mekar hingga ke hari ini...dan buat selamanya sampai ke syurga...amen ya Robb.


Ikhlas,
saya yg memerlukan tarbiyah......^_^

Thursday, May 3, 2012

Ada Apa Dengan Angry Bird

assalamualaikum......
erm...agak lame jgk adik saya suruh uploud pic2 hasil simpanan die about "Angry Bird".....
saya masih tertanya2 lg knp dia suka benar dgnnya....ble ditanya....
adik just jwb..."sbb dia ade mcm2 warna" =)











*thanks 4 my mom coz kasi pinjam hp yer....=)

Monday, December 19, 2011

pemergian ulama' Mesir


  Hampir sebulan aku tidak update my blog ni...kemungkinan kerana terlalu sibuk dengan program2 kerja Islam yg telah aku lalui beberapa minggu lalu. Namun, aku gembira kerana masa juga umurku banyak dihabiskan dengan kerja2 menjurus ke arah satu matlamat iaitu Islam.

          Teringat satu kalam Imam As-syahid Hassan Al-Banna....
"Janganlah engkau menghabiskan atau mensia-siakan umurmu walaupun sehari tanpa bekerja untuk Islam"
Semoga aku serta shbt2 thabat dalam perjuangan yang diredhai ilahi...amenn.

     Dua hari yang berlalu....aku mendapat satu khabar sedih dr teman2 di facebook....tentang pemergian seorang lagi ulama' Mesir iaitu As-syahid Syeikh Imad...yang merupakan tenaga pengajar Darul Ifta' Misriyyah.....Beliau ditembak dalam rusuhan di Syarik Majlis al-Wuzarak,Kaherah.

As-syahid Syeikh Imad Iffat
Sebelum syahidnya Al-Marhum Syeikh 'Imad 'Effat, ramai yang tidak tahu bahawa beliau adalah antara aktivis revolusi 25 Januari. Pemergian beliau turun ke medan Tahrir pada himpunan dan protes sebelum dan selepas jatuhnya Mubarak, tidak ramai yang menyedari kerana As-Syahid akan mengenakan pakaian biasa, tanpa pakaian jubah Al-Azhar dan serban Al-Azhar-seperti kebiasaan yang beliau pakai pada hari-hari menyampaikan pengajian di Masjid Al-Azhar.

Saat menemui ajal, beliau turun sekali lagi bersama-sama rakyat pada Jumaat lalu bersamaan 16 Disember bagi menuntut agar tentera melaksanakan janjinya menyerahkan kerajaan Mesir kepada kerajaan yang dipilih oleh rakyat pada masa yang disepakati sebelum ini iaitu sebelum Jun 2012 selain menuntut agar pilihanraya Mesir yang berbaki dua pusingan akan datang, berlangsung dengan penuh telus dan bersih.

Ini kerana pada pusingan pertama dan kedua yang berlangsung pada 14 dan 15 Disember lepas, menyaksikan saki-baki golongan 'FULUL' atau calon-calon bekas parti Mubarak yang dibubarkan (NDP) melakukan pembelian undi dan menyogok para pengundi dengan wang. Ada beberapa daerah mengundi, calon 'jahat' ini telah mengupah para perusuh untuk melarikan kertas dan peti undi seperti yang berlaku di daerah Gamaliya, bahagian Kaherah apabila calon bekas parti NDP yang juga bekas wakil rakyat kawasan tersebut, Haidar Baghdadi. Namun, pihak keselamatan berjaya mendapatkan semula kertas dan peti undi yang cuba dilarikan. Begitu juga pada pusingan kedua baru-baru ini, pihak calon 'jahat' ini mengupah perusuh untuk melakukan kekacauan di pusat-pusat mengundi antaranya melepaskan tembakan ke udara yang menyebabkan ada pengundi yang takut untuk mengundi. Pelbagai penipuan yang berleluasa ini, sekalipun berjaya diatasi tetapi ia tiada kerjasama baik yang diberikan oleh pihak tentera sebagai pemerintah sementara ketika ini. Itu belum dikira lagi poster dan kain rentang yang dikoyak dan dirosakkan. Malah terdapat beberapa daerah, pihak musuh menggunakan samseng-samseng bagi menghalang calon kempen Parti Kebebasan dan Keadilan masuk ke kampung bagi merayu undi. Terdapat juga laporan beberapa penyokong parti dibelasah dan dikasari.

Yang banyak menentang penipuan pilihanraya ini ialah individu calon atau wakil mereka atau parti yang bertanding khasnya Parti Kebebasan dan Keadilan, satu-satunya parti setakat ini yang dilihat mahu pilihanraya berjalan dengan penuh adil dan telus. Adapun selainnya, banyak melakukan dakyah dan politik kotor. Sekalipun ia bergelar parti Salafi yang kononnya mahu kepada pelaksanaan syariat Islam seperti Parti Nur yang banyak memberikan saingan sengit kepada Parti kebebasan dan Keadilan di semua daerah. Antara kempen kotor Parti Nur apabila menggunakan nama seorang syeikh Wahabi yang terkenal di Mesir iaitu Syeikh Muhammad Hisan. Parti Nur menggunakan kalam ucapan dan gambar beliau bahawa Syeikh Hisan menyokong Parti Nur. Tetapi dalam satu wawancara televisyen, Syeikh Hisan terang-terang meminta nama dan gambar beliau tidak digunakan untuk kempen mana-mana parti politik. Bahkan pada pusingan kedua lepas, terdapat calon dari Parti Nur adalah dari kalangan 'FULUL' iaitu calon bekas NDP pada zaman Mubarak. Parti Nur sanggup mengambil mereka sebagai calon mereka demi untuk kepentingan politik.

Semua perjalanan pilihanraya yang walaupun zahirnya dilihat lebih adil berbanding zaman Mubarak, tetapi beberapa perkara yang mencacatkan keadilannya harus dibantah. Maka golongan rakyat yang prihatin, mereka mengadakan bantahan di hadapan Pejabat Jemaah Menteri, di Jalan Jemaah Menteri di Qosrul 'Aini, berhampiran dengan dataran Tahrir. Maka sebab itu, kejadian ini dinamakan "Peristiwa Jalan Jemaah Menteri" atau "Ahdas Syarie Majlis Wuzarak".

Syeikh Imad juga turut menyertai himpunan tersebut. Menurut isteri beliau yang juga wartawan akhbar Al-Ahram yang diceritakan dari saksi kejadian, ketika Syeikh Imad berada dalam himpunan tersebut, tiba-tiba seorang lelaki yang berada bersebelahan beliau melepaskan tembakan yang menyebabkan Al-Marhum gugur syahid. Bedah siasat hospital juga mendapati bahawa tembakan yang dilepaskan adalah dari jarak dekat. Solat jenazah beliau telah disembahyangkan ribuan umat Islam yang bersedih atas pemergian beliau di Masjid Al-Azhar, sehari selepas syahidnya beliau.

Pada 22 Oktober 2011 iaitu kira-kira sebulan sebelum berlangsungnya Pilihanraya Mesir, Al-Marhum As-Syahid Syeikh Imad 'Effat dgn ilmu dan keberanian beliau telah mengeluarkan fatwa bahawa mengundi calon 'Fulul' iaitu bekas parti Mubarak adalah HARAM. Berikut disiarkan kenyataan penuh beliau spt yg disiar oleh web Ikhwan Muslimin:

"Sesungguhnya mengundi bagi (calon) Fulul atau mereka yang ada hubungan dengan anggota parti (pemerintah) yang dibubarkan (iaitu Parti Demokratik Kebangsaan-NDP) pada pilihanraya akan datang adalah HARAM dari segi syarak. Ini kerana memandangkan mereka telah menyumbang kepada kerosakan selain keinginan mereka yang mahu menghancurkan masa depan Mesir dengan berleluasanya rasuah sedangkan telah berlakunya revolusi berdasarkan sebab tersebut (iaitu memerangi rasuah dan kerosakan). Maka sesiapa yang memberikan undinya nescaya dia telah menyampaikan (golongan ini) kepada pentas bagi membuat perundangan."

Boleh rujuk web rasmi Ikhwan Muslimin yang menyiarkan teks dalam Bahasa Arab (klik )

Pada pandangan saya, ini juga menjadi faktor beliau menjadi sasaran musuh. Satu fatwa yang amat berani dan atas nama Al-Azhar, tentunya ia memberikan kesan besar kepada masa depan politik musuh revolusi 25 Januari yang terdiri dari kalangan 'FULUL' parti NDP Mubarak dan Amnu Daulah, kedua-duanya telah dibubarkan tetapi masih bertebaran melakukan kerosakan dan memastikan revolusi dan pilihanraya Parlimen menemui kegagalan.


    Berdasarkan kepada fatwa tersebut, pada saya secara tidak langsung Al-Azhar telah membuktikan bahawa politik dan pemerintahan merupakan perkara yang ada kaitan dengan agama. Jika tidak, masakan tidak ada hukum HARAM mengundi mereka yang membuat kerosakan dan mengamalkan rasuah?

Sememangnya Islam dan pemerintahan tidak pernah terpisah atau istilahnya 'Islam suku, politik suku'. Ia adalah ajaran dan didikan golongan sekular yang amat bertentangan dengan Islam.Wallahu A'lamm.....
 
Al-fatihah...........

*Rujukan dan perkongsian dari Abdul Malik Abdul Karim, student Al-azhar University from Egypt.



Sirru 'ala Barakatillah....







try and choice for read

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...