Wednesday, October 26, 2011

saling ingat mengingati di antara kita

    Petang itu aku melakukan kerja-kerja rumah seperti biasa. Membasuh pinggan, bersihkan meja makan dan menyimpan saki baki lauk di dalam peti sejuk. Semua ahli keluargaku bersurai membuat kerja kendiri. Ayah memulakan kerja menyiapkan semakan kertas-kertas ujian anak murid sekolahnya. Adik-adikku yang masih bersekolah terus pergi menyiapkan kerja sekolah yang masih berbaki. Mataku terus memandang ke arah ummi. Ummi diam dan terus merenung telefon bimbitnya. Aku tidak pasti apa masalah yang membelenggu fikiran ummi sejak dari pagi lagi.


Sambil aku membasuh pinggan, aku mendengar keluhan ummi pada ayah. Ayah menjadi pendengar setia. Sesekali ayah mencelah sambil memberi semangat, nasihat dan idea-idea untuk mengatasi masalah ummi. Walaupun ummi tidak mudah mengalir air mata namun aku tahu ummi memerlukan kekuatan dan semangat untuk dia lebih tabah dan cekal menjalani dan menempuhi sebagai 'pejuang' di antara pejuang agama.

Aku sangat bangga dengan ayah. Alangkah sukarnya mencari lelaki soleh yang sentiasa berada di hadapan untuk menjadi pencetus semangat kita sebagai pejuang, yang berusaha menjadi teman setia mendengar masalah, bersama-sama mengharungi ujian, sama-sama menitiskan air mata, dan sudi menjadi tempat rujukan serta 'guru' untuk kita berpandu jalan. Ayahku seorang inspirasi. Ayahku seorang memahami. Ayah lalu membuka laptop dan memberinya pada ummi. Kedengaran lagu nasyid yang dimainkan....Ayah sedang menghiburkan!

sudah sunnah orang berjuang,
mengembara dan berkelana,
miskin dan papa jadi tradisi,
berenggang dengan anak dan isteri.

Biasanya para pejuang,
rumah mereka merata-rata,
rezekinya tidak menentu,
tidur baringnya tak berwaktu,
orang lain membuat harta,
tapi dia membuangnya,
orang lain kawan terbatas,
tapi pejuang kawan merata,
orang lain musuhnya kurang,
pejuang musuh tidak terbilang.

setitis air mataku mengalir...memang benar apa yang dikatakan. Rumah ummi bukan hanya di sini, tetapi di Markaz, bilik gerakan, di tempat-tempat program. Tidur ummi semestinya tidak teratur. Boleh dibilang dengan jari berapa kali ummi dapat tidur secukupnya. Harta??...Hanya Allah yang tahu...
'Pejuang musuh tidak terbilang'..ia, memang benar. Menjadi daie, harus bersedia untuk dibenci...
Dengan senyuman manis, aku berteleku di sebelah ummi. Dan kami bertiga menyanyikan nasyid itu dengan penuh semangat....akhirnya tiada wajah sedih ummi...kerana ummi tidak berjuang berseorangan...


  Apa yang hendak kutulis ini adalah betapa pentingnya kita saling ingat-mengingati tatkala kita berjalan di atas jalan dakwah kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat kepada orang-orang beriman. Marilah kita saling mengingatkan bahawa kewajipan yang menghimpunkan kita di atas jalan dakwah, tiada pilihan lain lagi bagi kita melainkan itu sahaja. Dakwah kita ini adalah salafiah dan manhaj kita adalah manhaj as-salafus saleh ridwanullahuanhum, menurut cara sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w dan para pengikutnya mereka sebagaimana yang telah dijelaskan kepada kita oleh Al-Imam As-syahid Hassan Al-Banna. Beliau telah menunjukkan kita kepada jalan dakwah dan menerangkan kita dakwah adalah jalan yang satu telah dilalui oleh Rasulullah s.a.w, para sahabat-sahabt dahulu dan dilalui oleh para pendukung dakwah kemudiannya.
  Di atasnyalah kita berjalan dengan taufiq dari Allah selepas mereka berpandukan iman dan amal, persaudaraan dan kasih sayang. Berpandukan kekuatan aqidah dengan kekuatan perpaduan dan jadilah jemaah mereka sebagai jamaah contoh, jamaah mithali, pasti akan berkuasa dan menang dakwahnya sekalipun ditentang oleh segenap penghuni dunia ini.
  Ingatlah wahai saudaraku! Bahawa peranan yang kita mainkan sekarang ini, sangat susah dan berat. Akan tetapi ianya sangat penting dan asasi iaitu memantapkan dan meneguhkan dasar mukmin yang kukuh yang di atasnya akan dibangunkan bangunan daulah Islamiyah yang mencakar langit, Insyallah. Oleh itu dengan mempersiapkan generasi-generasi mukmin yang kuat dari segi aqidah, yang beriman dengannya dan mampu, sanggup dan rela melaksanakannya. Generasi yang mempertahankan dan memantapkan asas itu sebagaimana yang telah kita maklumi bahawa itu merupakan marhalah dan tahap yang lebih susah dan terpenting.

 Jalan dakwah adalah jalan 'mulia' dan 'mahal'


  Ingatlah bahawa musuh-musuh kita, musuh-musuh Islam sentiasa mengintip kita dan mengatur berbagai-bagai tipu daya untuk memperdayakan kita. Ingatlah bahawa cita-cita yang diharapkan itu tidak akan sempurna kecuali melalui berbagai-bagai pertarungan yang hebat dan payah di antara pendukung hak dan pendukung kebatilan. Ketahuilah balasan yang baik itu hanyalah untuk orang-orang yang bertaqwa. Oleh itu mehnah dan bencana itu adalah sebahagian perkara yang lazim dari jalan dakwah, dia juga muqaddimah (pendahuluan) dan mubasyirah (berita gembira) untuk kemenangan.
  Hendaklah ingat bahawa Allah itu Maha Kaya dari kita dan jihad kita. Kitalah yang berhajat padaNya dan berhajat pada limpah kurniaNya serta pahalaNya. Apabila kita tidak memperjuangkan dakwah, maka dakwah itu tetap akan berjalan dan berlaku. Maknanya jika kita tidak memperjuangkan Islam, Islam itu akan tertegak juga. Islam tidak memerlukan kita tetapi kitalah yang memerlukan Islam. Jika kita tidak berjuang, Insyallah Allah akan menggantikan orang lain yang lebih baik dari kita.
   
      Sesungguhnya kita dengan Islam ini telah menjadi guru dunia yang mempunyai kemuliaan pimpinan.

           "Dan demikian pula Kami telah menjadikan kamu umat Islam, umat yang adil dan pilihan
             agar kamu menjadi saksi atas(perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi
                         saksi atas(perbuatan)kamu" -Al-Baqarah: 143


Tidak kurang yang sayang padanya,
Orang lain mati dilupa,
Para pejuang tetap dikenang,
Sejarahnya ditulis orang,
Makamnya sentiasa diziarahi,
Walau perjuangan tidak berjaya.....

Kami bertiga mengakhiri nasyid dengan berpelukan. Mata hati menafsirkan seribu semangat walau tidak terjangka bila  dan di mana 'muqaddimah' dan 'mubasyirah' yang ditentukan ilahi.



*Rujukan kitab Thoriqul Ad-dakwah karangan Mustafa Masyhur

Ikhlas menulis,
Hamba yang dhoif...

















Sunday, October 9, 2011

appreciate the trail permusafiran

Meniti hidup di bumi anbiya' adalah salah satu cabaran dan memerlukan kekuatan serta ketabahan hati untuk terus menghadapi setiap rintangan yang datang. Sama juga seperti hidup di negara yang lain cuma keadaan dan cara hidup yang berbeza. Alhamdulillah, banyak kenangan suka dan duka dapat aku harungi setelah berjaya meniti titian cabaran sebagai mahasiswa kini sudah lebih 3 tahun.

    suasana masyarakat Mesir di pasar

Mesir.....
Satu negara yang penuh dengan sesi pentarbiyahan, pengajaran dan hikmah dari Allah. Aku bersyukur kerana menjadi insan terpilih untuk datang ke sini.
Masih terbayang satu kenangan yang tidak dapat kulupakan iaitu pada suatu masa aku masih di tahun satu pengajian, aku menghadapi satu ujian. Ujian seorang pelajar yang baru hendak mengharungi liku-liku hidup di sini. Pada awal Disember 2008, satu kejadian yang tidak diduga telah berlaku di rumahku. Seorang pencuri telah berjaya memasuki rumahku disaat aku dan dua orang sahabatku masih di alam maya. Aku tersedar apabila dapati ada orang yang memasuki bilik tidurku dalam keadaan perlahan pengerakan jalannya. Aku jadi pelik. Pencuri itu nampaknya tidak menyedariku kerana bilik gelap dan malam itu aku terlupa memasang lampu tidur. Aku melihat dia perlahan-lahan membuka almariku dan cuba memegang barang-barang yang ada di dalamnya. Aku cuba memusingkan badanku dan berpura-pura tidur. Setelah dia rasa susahnya mencari barang ditempat yang gelap itu, dia cuba keluar dengan langkah berhati-hati.
Setelah dia keluar aku tiba-tiba teringat laptop kawanku yang hanya diletakkan atas meja studynya. Ah, mesti dia sudah berjaya mengambinya. Aku terus lompat dari katilku dan sempat aku menarik tudung di tepi katil dan memakainya.
Memang benar tekaanku!
Dia tengah 'mengemas' barang-barang yang telah berjaya diambil.
Dengan pantas aku menerkamnya dan menjerit......HOI!!!
Dia terkejut besar dengan kehadiranku dan cuba mengambil barang paling berharga di situ iaitu laptop kawanku. Dia sudah hendak melarikan diri. Dengan sekuat tenaga aku bergelut dengannya dan cuba untukku menyelamatkan laptop sahabatku itu dan sempat juga aku mengepitnya dengan pintu.Sebelah badannya di luar, dan sebelah lagi masih di dalam.
Aku cuba menjerit tetapi yang lucunya aku menjerit dengan bahasa melayu! 'Hoi,bagi la balik laptop ni!'...hehe
Akhirnya, dia menolak sekuatnya pintu rumahku dan aku tertolak kebelakang dan dia berjaya meloloskan diri. Aku mengejarnya sambil jerit memanggil tuan rumah....Mama!...Baba!.....pencuri.
Sahabatku yang masih di bilik terkejut dan terus meluru kearahku.....dan mama baba pon berlari ke arahku....
mukaku tergamam, mulutku terkunci saat itu....mereka terus-terusan menanya...kenapa??ape yang berlaku??
semuanya telah terlambat.........

Itulah kenangan duka yang tidak akan kulupakan. Kenangan seorang pelajar yang baru empat bulan di bumi orang ini. Bayangkan, selama 19 tahun aku meniti hidup di Malaysia aku tidak pernah mengalami ujian seperti itu. Selama ini aku hanya mendengar dan melihat cerita di kaca tv sahaja. Tetapi kali itu, aku sendiri yang menyaksikan satu peristiwa yang membuatkan aku mengalami trauma. Selepas kejadian itu, tiga bulan aku tidak berani melihat tempat kejadian. Aku menjadi seorang penakut dan tidak betah sendirian di rumah.

Tetapi itu hanya tinggal kenangan...kenangan paling ku takuti...hehe..bukan takut dengan HANTU, ttp ORANG!

3 tahun mendalami ilmu quran wal qiraat
Maahad Qiraat Fatayat Mansurah




Kini, tinggal 2 hari lagi aku akan meninggalkan bumi yang penuh tarbiyah drNya. 
10 Oktober 2011 jam 4ptg dr Cairo akan ku tinggalkan segalanya di sini.
Selepas ini aku akan menempuhi dunia nyata di tanah air sendiri....MALAYSIA....
Adakah aku sudah bersedia?
sudah cukupkah ilmu didada??
cukup ke tidak....aku harus menempuhnya....
ramai rakyat Malaysia memerlukan ilmu Agama.....aku pun masih lagi memerlukannya....

Di manapun kita diletakkan, perjuangan tetap kena diteruskan......

sirru 'ala barakatillah.....



try and choice for read

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...