Sunday, October 9, 2011

appreciate the trail permusafiran

Meniti hidup di bumi anbiya' adalah salah satu cabaran dan memerlukan kekuatan serta ketabahan hati untuk terus menghadapi setiap rintangan yang datang. Sama juga seperti hidup di negara yang lain cuma keadaan dan cara hidup yang berbeza. Alhamdulillah, banyak kenangan suka dan duka dapat aku harungi setelah berjaya meniti titian cabaran sebagai mahasiswa kini sudah lebih 3 tahun.

    suasana masyarakat Mesir di pasar

Mesir.....
Satu negara yang penuh dengan sesi pentarbiyahan, pengajaran dan hikmah dari Allah. Aku bersyukur kerana menjadi insan terpilih untuk datang ke sini.
Masih terbayang satu kenangan yang tidak dapat kulupakan iaitu pada suatu masa aku masih di tahun satu pengajian, aku menghadapi satu ujian. Ujian seorang pelajar yang baru hendak mengharungi liku-liku hidup di sini. Pada awal Disember 2008, satu kejadian yang tidak diduga telah berlaku di rumahku. Seorang pencuri telah berjaya memasuki rumahku disaat aku dan dua orang sahabatku masih di alam maya. Aku tersedar apabila dapati ada orang yang memasuki bilik tidurku dalam keadaan perlahan pengerakan jalannya. Aku jadi pelik. Pencuri itu nampaknya tidak menyedariku kerana bilik gelap dan malam itu aku terlupa memasang lampu tidur. Aku melihat dia perlahan-lahan membuka almariku dan cuba memegang barang-barang yang ada di dalamnya. Aku cuba memusingkan badanku dan berpura-pura tidur. Setelah dia rasa susahnya mencari barang ditempat yang gelap itu, dia cuba keluar dengan langkah berhati-hati.
Setelah dia keluar aku tiba-tiba teringat laptop kawanku yang hanya diletakkan atas meja studynya. Ah, mesti dia sudah berjaya mengambinya. Aku terus lompat dari katilku dan sempat aku menarik tudung di tepi katil dan memakainya.
Memang benar tekaanku!
Dia tengah 'mengemas' barang-barang yang telah berjaya diambil.
Dengan pantas aku menerkamnya dan menjerit......HOI!!!
Dia terkejut besar dengan kehadiranku dan cuba mengambil barang paling berharga di situ iaitu laptop kawanku. Dia sudah hendak melarikan diri. Dengan sekuat tenaga aku bergelut dengannya dan cuba untukku menyelamatkan laptop sahabatku itu dan sempat juga aku mengepitnya dengan pintu.Sebelah badannya di luar, dan sebelah lagi masih di dalam.
Aku cuba menjerit tetapi yang lucunya aku menjerit dengan bahasa melayu! 'Hoi,bagi la balik laptop ni!'...hehe
Akhirnya, dia menolak sekuatnya pintu rumahku dan aku tertolak kebelakang dan dia berjaya meloloskan diri. Aku mengejarnya sambil jerit memanggil tuan rumah....Mama!...Baba!.....pencuri.
Sahabatku yang masih di bilik terkejut dan terus meluru kearahku.....dan mama baba pon berlari ke arahku....
mukaku tergamam, mulutku terkunci saat itu....mereka terus-terusan menanya...kenapa??ape yang berlaku??
semuanya telah terlambat.........

Itulah kenangan duka yang tidak akan kulupakan. Kenangan seorang pelajar yang baru empat bulan di bumi orang ini. Bayangkan, selama 19 tahun aku meniti hidup di Malaysia aku tidak pernah mengalami ujian seperti itu. Selama ini aku hanya mendengar dan melihat cerita di kaca tv sahaja. Tetapi kali itu, aku sendiri yang menyaksikan satu peristiwa yang membuatkan aku mengalami trauma. Selepas kejadian itu, tiga bulan aku tidak berani melihat tempat kejadian. Aku menjadi seorang penakut dan tidak betah sendirian di rumah.

Tetapi itu hanya tinggal kenangan...kenangan paling ku takuti...hehe..bukan takut dengan HANTU, ttp ORANG!

3 tahun mendalami ilmu quran wal qiraat
Maahad Qiraat Fatayat Mansurah




Kini, tinggal 2 hari lagi aku akan meninggalkan bumi yang penuh tarbiyah drNya. 
10 Oktober 2011 jam 4ptg dr Cairo akan ku tinggalkan segalanya di sini.
Selepas ini aku akan menempuhi dunia nyata di tanah air sendiri....MALAYSIA....
Adakah aku sudah bersedia?
sudah cukupkah ilmu didada??
cukup ke tidak....aku harus menempuhnya....
ramai rakyat Malaysia memerlukan ilmu Agama.....aku pun masih lagi memerlukannya....

Di manapun kita diletakkan, perjuangan tetap kena diteruskan......

sirru 'ala barakatillah.....



No comments:

Post a Comment

try and choice for read

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...